Pemberian Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar Dari Keluarga B40

YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Bersama-sama, kita menjaga keselamatan anak-anak dan terus menyokong pembelajaran mereka!

  • Untuk Semua - Akses kepada pembelajaran dan kuiz ulangkaji di tab ‘Sumber Pembelajaran’
  • Untuk Ibubapa - Mohon data 40GB percuma di tab "‘Pelan Data Percuma’
  • Untuk Guru - Calonkan pelajar dari keluarga B40 di tab ‘Para Guru’

telefon percuma

Bantulah kami untuk salurkan telefon bimbit percuma


Para guru yang dihormati, pihak YTL Foundation ingin menghulurkan bantuan dengan pemberian telefon bimbit secara percuma, lengkap dengan data 120GB ( iaitu 10GB sebulan selama 12 bulan) bagi membantu para pelajar dari keluarga B40 untuk meneruskan pembelajaran dari rumah. Sebagai pejuang barisan hadapan, mewakili para pelajar, kami memerlukan khidmat anda untuk mengenal pasti pelajar yang tidak mempunyai gajet untuk menerima manfaat ini.

Isikan Borang Pencalonan seperti di bawah. Sila bersedia dengan maklumat berikut sebelum mendaftar:
  1. Nombor kad pengenalan anda
  2. Nama & nombor kad pengenalan pelajar
  3. Nama & nombor kad pengenalan ibubapa


3 Langkah Mudah Untuk Menamakan Pelajar Yang Memerlukan Bantuan

  1. Namakan pelajar yang memerlukan bantuan
  2. Borang dilengkapkan oleh ibubapa
  3. Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan

Perlukan bantuan lanjut? Sila klik di sini untuk soalan lazim.

Ulasan