Permohonan & Semakan Status Geran Khas PRIHATIN RM3000 untuk PKS

Permohonan Geran Khas PRIHATIN RM3000 Untuk PKS Mulai 1 Mei 2020. Berita baik buat peniaga mikro PKS yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

GERAN KHAS PRIHATIN

Untuk makluman, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan satu bantuan khas iaitu Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro yang berkelayakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Permohonan kini telah dibuka mulai 1 Mei 2020 (hari ini) secara atas talian melalui laman web https://ift.tt/2KS8yGV.

Dalam Laporan Laksana Prihatin Kedua, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz menyatakan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perniagaan mikro yang layak akan mendapat RM3,000 setiap seorang/ syarikat. Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS Mikro di seluruh Malaysia.

Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Subsidi Upah PERKESO dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3000

GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

JUMLAH

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

SEMAKAN STATUS

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pemohon perlu membuka akaun di dalam web Geran Khas Prihatin di secara dalam talian melalui Portal GKP https://ift.tt/2KS8yGV yang disediakan oleh LHDNM.

CARA BAYARAN

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.

Ulasan