Cara Tebus ePenjana RM50 Menggunakan e-Wallet

Melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

CARA TERBUS RM50 TOUCHNGO GRABPAY BOOST

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan Program rangsangan digital insentif e-Tunai Rakyat akan memperuntukkan sebanyak RM450 juta secara keseluruhan. Ianya dijangka akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak menerima RM30 (sekali bayaran sahaja) setiap seorang yang boleh dibelanjakan untuk barangan atau perkhidmatan yang tersedia melalui tiga platform yang telah dipilih.

APA ITU PROGRAM ePENJANA

Satu program bantuan bernilai RM50 ke dalam akaun e-dompet untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM ePENJANA

Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Melalui program tersebut, RM50 akan dikreditkan kedalam e-Wallet terpilih dan pada masa yang sama, padanan RM50 tambahan akan diberikan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, serta diskaun.

Inisiatif ini saling tak tumpah seperti program e-Tunai Rakyat yang rakyat tebus bermula 15 Januari 2020 yang lalu. Ketika itu, tiga penyedia e-Wallet terkemuka iaitu Boost, Touch ‘n Go eWallet dan GrabPay menjadi saluran kerajaan menyalurkan e-Tunai Rakyat.

CARA DAFTAR EWALLET TEBUS RM50 EPENJANA

Touch'nGo eWallet

  1. Download Touch'nGo eWallet di Appstore/Googleplay.
  2. Sahkan atau verify akaun Touch'nGo eWallet.
  3. Tunggu pengumuman dari kerajaan berkenaan tarikh tebus RM50 ePenjana.


Boost eWallet


  1. Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  3. Upgrade kepada Boost Premium.
  4. Sahkan atau verify akaun Boost.
  5. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  6. Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
  7. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020


GrabPay eWallet


  1. Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
  2. Aktifkan GrabPay
  3. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  4. Ambil gambar kad pengenalan
  5. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
  6. Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020
  7. Selesai! Dah dapat belanja RM30 yang ada dalam eWallet.

Ulasan