Pendaftaran Intensif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) - Daftar MyFutureJobs

Program Intensif Pengambilan Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya)


Program Intensif Pengambilan Pekerja, PenjanaKerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan boleh YAB Perdana Menteri akan bermula pada 15 Jun 2020.

PenjanaKerjaya adalah satu inisiatif pemulihan ekonomi dibawah Kementerian Sumber Manusia yang ditadbir oleh Perkhidmatan Pekerjaan Nasional PERKESO bertujuan untuk mempromosikan peluang pekerjaan yang diwujudkan dikalangan majikan di samping meningkatkan prospek pekerjaan.


Dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia. PenjanaKerjaya bertujuan meransang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Garis Panduan Permohonan serta Terma dan Syarat telah dikeluarkan kepada majikan dan boleh diperolehi di laman web PERKESO www.perkeso.gov.my

Memandangkan PenjanaKerjaya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, PEKESO menggesa individu yang masih menggangur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs www.myfuturejobs.gov.my. Pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat di seluruh negara di mana Kaunselor Kerjaya PERKESO bersedia untuk membantu.

Bagi majikan pula, Pegawai Perkhidmatan Majikan PERKESO bersedia memberi sokongan kepada majikan yang memerlukan bantuan seperti mendaftarkan kekosongan jawatan ataupun pengambilan pekerja.

Majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing boleh mendaftarkan profil mereka di penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai 15 Jun 2020. Apabila majikan telah mengambil pekerja melalui program ini, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.

Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil dibawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran intensif. Intensif pengambilan pekerja akan dibayar pada bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar bersama dengan elaun mobiliti untuk pekerja yang layak yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka. Majikan hanya perlu memohon intensif untuk setiap pekerja yang diambil bekerja sekali sahaja dan pembayaran intensif pada bulan berikutnya (selama 6 bulan) akan dilakukan secara automatik.

Proses Permohonan Program Intensif Pengambilan Pekerja dan Latihan

1. Pendaftaran Pencari Kerja


2. Mempunyai Tawaran Jawatan Kosong?
  • Daftar dan iklankan jawatan kosong di laman rasmi MyFutureJobs melalui www.myfuturejobs.gov.my atau di mana-mana portal pekerjaan mulai 15 Jun 2020.

3. Permohonan Program Intensif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya)
  • Sila layari penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk mendaftarkan profil majikan mulai 15 Jun 2020.
  • Pilih pekerja yang baru diambil bekerja yang telah didaftarkan di bawah ASSIST (tarikh pengambilan pekerja adalah bermula dari 15 Jun 2020) yang disenaraikan bagi intensif ini mulai 1 Julai 2020.

4. Pilih Kategori
  • Pada bahagian ini, anda perlu memilih salah satu daripada 3 kategori yang disediakan iaitu :
  1. #hireMalaysia40
  2. #hireMalaysia40+
  3. #hireMalaysiaOKU

5. Bantuan Mobiliti
  • Pekerja layak mendapat bantuan mobiliti sebanyak RM600 bagi Semenanjung dan RM1000 bagi Sabah dan Sarawak.
  • Bayaran diberikan sekali sahaja kepada pekerja yang baru diambil bekerja melalui majikan.

6. Latihan Untuk Pekerja
  • Majikan boleh memilih kursus dari Penyelia Latihan yang terpilih untuk kursus yang bersesuaian melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

7. Pembayaran Intensif
  • Bayaran intensif akan dibuat setelah caruman PERKESO yang dibayar oleh majikan telah disahkan.
  • Bayaran bulanan seterusnya adalah berdasarkan status kerja yang masih aktif dan bayaran caruman PERKESO berikutnya.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai persoalan mengenai intensif ini, anda boleh dapatkan maklumat di :
  • Email : perkeso@perkeso.gov.my
  • Telefon : 03-8091 5300
  • Hotline : 1300 22 8000
  • Media Sosial PERKESO : @eisperkeso

Nota : Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini  dari semasa ke semasa.

Ulasan