Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kulai - Kelayakan PMR/PT3/SPM

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Kulai sebagaimana berikut:-

jawatan kosong majlis perbandaran kulai

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Perbandaran Kulai
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM
  • Lokasi Kekosongan : Negeri Johor Darul Takzim
  • Tarikh Tutup Permohonan : 13 Julai 2020 (Isnin)

JAWATAN : 
1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
2. Pembantu Juruaudit (Kewangan) Gred W19
3. Pembantu Awam (Kemahiran) Gred H11

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)


Lihat Juga : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Lihat Juga : Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH)
Lihat Juga : Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang Tempoh PKP

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Hanya satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi satu jawatan yang dipohon.
  • Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas atau Penghulu Mukim atau Guru Besar / Pengetua).
  • Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.
  • Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada alamat seperti dibawah.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULAI,
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
81000 KULAI, JOHOR.
U.P.: UNIT SUMBER MANUSIA

Ulasan