PERMOHONAN ONLINE RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020
Kerajaan telah melaksanakan pembayaran BSH fasa 3 pada 24 Julai. Tempoh permohonan rayuan BSH 2020 pula akan mula dibuka semula pada 7 Ogos hingga 6 September nanti. Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my atau secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran anda.Berikut proses permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup melalui sistem MyBSH. Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 7 Ogos hingga 6 September 2020
CARA MEMBUAT RAYUAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH)
Untuk makluman anda, permohonan rayuan boleh dibuat dengan salah satu kaedah berikut :-- Permohonan Rayuan BHS boleh dibuat disemua cawangan LHDN/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 7 Ogos 2020
- Permohonan rayuan secara dalam talian boleh dibuat bagi permohon yang berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja bermula 7 Ogos 2020
Permohonan Rayuan BSH di Cawangan LHDN
Bagi Permohon yang ingin membuat permohonan rayuan secara manual, anda perlu hadir ke cawangan LHDN berdekatan bersama dokumen sokongan berikut :-
- Salinan MyKad
- Salinan MyKad pasangan
- Penyata gaji terkini
- Surat status perkahwinan
Permohonan Rayuan BSH Secara Online
- Layari Portal Rasmi BHS https://ift.tt/2Nmngqb
- Klik pada Rayuan (bermula 7 Ogos 2020)
- Masukkan nombor kad pengenalan atau MyKad dan klik Carian
- Ikuti langkah berikutnya sehingga permohonan rayuan BSH selesai.
KOD TIDAK LULUS BSH
Berikut adalah beberapa Kod Tidak Lulus BSH yang membolehkan pemohon membuat permohonan secara atas talian.
- Kod 05 - Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM4,000
- Kod 06 - Semakan daripada rekod agensi mendapati pendapatan pemohon/pasangan melebihi RM4,000 termasuk perniagaan
- Kod 08 - Didapati pemohon berdaftar sebagai pemegang saham/pengarah syarikat/perkongsian liabiliti berhad
- Kod 09 - Didapati pemohon berdaftar sebagai pemegang saham/pengarah syarikat/perkongsian liabiliti berhad
- Kod 38 - Berdasarkan rekod agensi didapati pemohon tidak menetap di Malaysia/bekerja/belajar di luar negara
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Permohonan Rayuan BSH 2020, anda boleh hubungi talian BSH LHDNM di 1-800-88-2716. Waktu Operasi talian adalah bermula 9 pagi sehingga 5 petang.
Ulasan
Catat Ulasan