BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0
Kerajaan hari ini telah mengumumkan dana tambahan di bawah insentif Bantuan Prihatian Nasional atau BPN 2.0
Menariknya, bantuan tambahan ini akan disalurkan secara terus kepada penerima BPN yang telah layak sebelum ini.
Tiada permohonan baru atau sebarang kemaskini perlu dibuat.
TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0
Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran; pertama pada penghujung Oktober nanti manakala baki akan dibuat pada bulan Januari 2021.
KADAR BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
- RM1,000 untuk B40
- RM500 untuk B40 bujang
- RM600 untuk M40
- RM300 untuk M40 bujang
Bagi kategori B40, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala baki RM300 pada Januari 2021.
CARA PERMOHONAN
Tiada permohonan baru perlu dibuat sekiranya anda pernah menerima BPN sebelum ini.
Namun bagi anda yang cukup syarat kelayakan tetapi masih belum menerima BPN, rayuan dan permohonan baru akan dibuka nanti.
Lihat Juga : Cara Membuat Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Ulasan
Catat Ulasan