Semakan Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Online Untuk Penerima BSH 2020

Semakan Status Penghantaran Dekoder Percuma MYTV Online Untuk Penerima BSH 2020. Panduan buat penerima BSH 2020 yang layak menerima dekoder MYTV percuma. Untuk makluman, kerajaan Perikatan Nasional bercadang untuk menambah 1 juta lagi dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma myFreeview kerana mendapat permintaan tinggi. Bagi yang layak boleh semak status penghantaran dekoder MYTV secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi MYTV. Penghantaran dekoder MYTV percuma ini akan dihantar ke rumah penerima masing-masing.


semakan status decoder mytv


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Dekoder MYTV Percuma termasuk memaparkan senarai saluran dan aplikasi semakan serta cara mengakses :

APA ITU MYFREEVIEW

myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan siaran TV dan radio popular di Malaysia tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

SENARAI SALURAN MYFREEVIEW

SALURAN TV
  • TV1 (HD)
  • TV2 (HD)
  • TV Okey
  • RTM Sports HD
  • RTM Bes HD
  • TV3 (HD)
  • CJ Wow Shop (Melayu)
  • CJ Wow Shop (Cina)
  • NTV7
  • 8TV
  • TV9
  • TV Al-Hijrah (HD)
  • Bernama News Channel
  • Astro Go Shop
  • Drama Sangat
  • Awesome TV

SALURAN RADIO
  • Nasional FM
  • Traxx FM
  • Minnal FM
  • Ai FM
  • Klasik FM
  • Asyik FM

CARA SEMAK STATUS DEKODER MYTV PERCUMA

1. Semakan status dekoder MYTV boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web https://status.mytvbroadcasting.my

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau IC anda.

3. Kemudian, klik pada butang semak.

CARA MENGAKSES SALURAN MYFREEVIEW

Saluran myFreeview boleh dinikmati menggunakan TV baru dan lama dengan dekoder DVB-T2 atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF.

Untuk pemasangan sendiri, rujuk Pemasangan. Penonton juga boleh mengakses Siaran Digital myFreeview menggunakan perkhidmatan DTH.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut, sila Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.

Ulasan