Berikut dikongsikan cara membuat semakan status i-Sinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my
Cara Semakan Status i-Sinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
Untuk semak status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:
- Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Sila cari butang SEMAK STATUS
- Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021
Cara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP
Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:
- Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
- Klik pada peti mesej atau inbox
- Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan
Tarikh Pembayaran i-Sinar
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
- Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
Permohonan i-Sinar Kategori 2
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Jika anda TIDAK LULUS Kategori 1, anda boleh membuat permohonan untuk Kategori 2 yang akan dibuka bermula 11 Januari 2021.
Syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
*Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848
Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
Ulasan
Catat Ulasan