Sijil peperiksaan awam yang diterima waktu sekolah sebenarnya penting bagi sesetengah urusan. Terutamanya apabila membuat permohonan pekerjaan dan menjalani temuduga.
Bagaimanapun, mungkin ada di antara anda yang telah kehilangan sijil-sijil penting ini berikutan dimakan anai-anai, hilang, rosak dan sebagainya. Kini, sijil-sijil tersebut boleh didapatkan semula dengan melakukan permohonan salinan sijil keputusan peperiksaan secara dalam talian.
Perlu diketahui, bayaran sebanyak RM30 diperlukan untuk proses permohonan. Tambahan RM10 pula dikenakan bagi penghantaran sijil melalui Pos Laju.
Jika anda ingin membuat permohonan, berikut disertakan beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan.
Cara Mohon Salinan Sijil Keputusan Peperiksaan Secara Online
1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan atau muat turun aplikasi melalui Google Play. Untuk membuat permohonan lebih lancar, adalah disarankan untuk menggunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.
2. Setelah itu, pergi ke Menu dan pilih "Perkhidmatan".
3. Di langkah seterusnya, tekan pada "Salinan Keputusan" dan pilih jenis sijil yang dimahukan. Sebagai contoh, kami memilih salinan keputusan PMR.
4. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan dan tekan pada "Papar Borang Permohonan".
5. Isi maklumat yang diperlukan termasuk butiran peribadi dan permohonan. Untuk penghantaran salinan, anda boleh memilih "Ambil Sendiri" atau "Pos Laju". Jika menggunakan Pos Laju, tambahan RM10 diperlukan untuk tujuan penghantaran.
6. Setelah selesai, tandakan pada pengesahan dan perakuan pemohon. Kemudian tekan "Mohon" dan "Ya".
7. Di bahagian tetingkap pembayaran, buat pilihan pembayaran dan tekan "Proceed".
8. Setelah selesai membuat pembayaran, satu tetingkap akan dipaparkan dan tekan pada "Cetak" untuk menyimpan maklumat pembayaran.
Simpan resit rasmi yang dikeluarkan sebagai rujukan untuk masa hadapan.
Selesai. Anda juga boleh membuat semakan status permohonan melalui pautan ini.
Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Sumber : wiser.my
Ulasan
Catat Ulasan