Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan akan mengambil 18,702 Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober.
Iklan Pengambilan Guru Secara One-Off Mulai 7 Julai 2021
Beliau menjelaskan, ia merupakan pengambilan guru yang paling terbesar untuk setakat ini.
Dalam sidang media berkenaan juga dimaklumkan antara mata pelajaran dengan kekurangan guru tertinggi adalah seperti berikut:
Sekolah Rendah
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
Sekolah Menengah
Sementara itu, negeri dengan jumlah kekosongan guru tertinggi bagi tahun terkini 2021 adalah:
- Sabah
- Sarawak
- Johor
- Selangor
Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pengambilan ini bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan mata pelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru.
MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN SPP
Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan
pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP mulai tarikh jawatan dibuka iaitu 7 Julai 2021.
Talian Hotline mySPP :
- Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
- Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
- Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://ift.tt/3cU8WmV
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : pro@spp.gov.my
Ulasan
Catat Ulasan