Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000

Menerusi permohonan baharu i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit.

Kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.

CARA PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) mulai 15 Julai 2021

cara pengeluaran icitra kwsp

Berikut merupakan cara untuk pencarum membuat permohonan pengeluaran i-Citra tanpa perlu login i-Akaun.

1. Layari portal rasmi i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/

2. Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain

3. Pilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.

4. Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.

5. Tekan butang TERUSKAN

6. Tunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang          anda masukkan tadi.

7. Masukkan nombor OTP tersebut.

8. Tekan butang SAHKAN OTP

9. Jawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.

10. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.

11. Langkah 1 : Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM 5,000.

  • Anda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkan
  • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
  • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM 5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan

12. Langkah 2 : Jadual bayaran. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM 1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.
  • Anda boleh gerakkan slider yang bulat ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran untuk bulan pertama
  • Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima
  • Tekan butang teruskan.

13. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
  • Isikan nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan 
  • Isikan nombor MyKad
  • Isikan nombor telefon bimbit
  • Isikan alamat email
  • Isikan alamat rumah
  • Isikan poskod
  • Isikan bandar
  • Pilih negeri

14. Teruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan 
  • Maklumat Pembayaran 
  • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra online.
  • Masukkan nombor akaun bank (Simpanan/Semasa) yang dipilih tadi
  • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif dan tiada ada sebarang kesalahan.
  • Tekan butang teruskan.

15.  Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran
  • Tick kotak Peralaun Terma & Syarat untuk persetujuan
  • Tick saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran online
  • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan.
  • Contohnya, gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi.
  • Jika tidak ada gambar, klik langkau
  • Pastikan pilihan semua selesai
  • Klik hantar.

16. Pastikan keluar paparan yang tertulis "Terima Kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>.

17. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.

18. Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA KWSP

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Ulasan