Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50 kini diperkenalkan oleh KWSP melalui inisiatif terbaharu, i-Citra di bawah Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri.
Berikut kami kongsikan maklumat lanjut tentang i-Citra KWSP untuk makluman bersama.
APAKAH i-CITRA KWSP?
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
SYARAT KELAYAKAN i-CITRA KWSP
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
*Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
AMAUN PENGELUARAN i-CITRA KWSP
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
TARIKH PERMOHONAN i-CITRA KWSP
Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021.
CARA SEMAKAN BAKI KWSP
Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:
- Laman web i-Akaun / Aplikasi mudah alih i-Akaun – Cara Daftar i-Akaun KWSP, Semak Penyata & Dividen Terkini
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
- Pendaftaran i-Akaun melalui telefon : i-Akaun View Mode: Pendaftaran KWSP Online / Telefon Ketika PKP
CARA MEMBUAT PERMOHONAN i-CITRA KWSP
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my.
Sila ikuti langkaj berikut u tuk membuat permohonan secara online:
- Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN.
- ISIKAN nombor Mykad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan keselamatan.
- Tentukan Amaun Pilihan pengeluaran. Rujuk pada A atau B dalam infografik di bawah.
- Tekan TERUSKAN.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik.
- Tekan TERUSKAN.
- Semak semua maklumat dan tandakan TICK pada ruangan yang tersedia. Tekan HANTAR.
- Selesai.
Akses permohonan di portal ini akan dibuka bermula 12 Julai 2021.
TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.
MAKLUMAT LANJUT
- Laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Sumber : Semakan Online
Ulasan
Catat Ulasan