Semakan Status Permohonan & Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP

 i-Citra diperkenalkan sebagai inisiatif bagi membantu ahli menghadapi cabaran dan diusahakan setelah dipertimbangkan dengan teliti cara terbaik untuk membantu ahli yang terjejas sekaligus berpegang kepada mandat KWSP.

Walaupun KWSP tetap komited untuk membantu melindungi dana persaraan ahli, KWSP maklum perlunya keseimbangan bagi keperluan semasa dengan simpanan masa depan dan kemudahan sementara bagi membantu ahli dalam menghadapi pandemik ini.

Terkini, KWSP mengumumkan bahawa permohonan pengeluaran i-Citra telah diawalkan 3 hari iaitu 12 Julai, berbanding tarikh asal yang dijadualkan pada 15 Julai.


Di sini kami kongsikan info terkini tentang permohonan dan syarat-syarat membuat pengeluaran i-Citra untuk makluman bersama.

APAKAH I-CITRA KWSP?

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

JUMLAH / AMAUN PENGELUARAN YANG BOLEH DIKELUARKAN

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Berikut syarat terperinci:
  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

TARIKH PEMBAYARAN DIBUAT

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

Kaedah Pembayaran

Menurut KWSP, bayaran i-Citra akan menggunakan simpanan dalam akaun 2 terlebih dahulu dan sekiranya tidak mencukupi, simpanan dalam akaun 1 pula akan digunakan.

Memetik contoh yang diketengahkan bagi seseorang yang tidak bekerja dan mempunyai simpananRM5,150 dalam akaun 2, simpanan itu akan digunakan untuk pengeluaran i-Citra sebanyak RM5,000.



SEMAKAN STATUS PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Semakan status permohonan anda boleh dibuat mulai 16 Julai 2021 melalui laman web KWSP.

Sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan:
  1. Layari laman web i-citra KWSP di pautan https://icitra.kwsp.gov.my/
  2. Sila isikan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan semasa permohonan tempoh hari.
  3. Tekan butang Semak Status
  4. Status permohonan anda akan dipaparkan.
NOTA: Status permohonan anda akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila semak semula sekiranya status anda masih belum dipaparkan.



Jika diluluskan, bayaran akan dibuat mulai Ogos 2021.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli boleh merujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Ulasan