Tambahan Bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 Untuk Peniaga Sebanyak RM1,000 Bermula September

 Dalam pelaksanaan Geran Khas Prihatin ini, secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit. Terkini melalui PEMERKASA Tambahan pula, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1000 kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat RM500 lagi pada pertengahan bulan Julai nanti.

geran khas prihatin 4.0

Atas dasar prihatin Kerajaan terhadap rakyat Malaysia Khususnya buat peniaga kecil, bantuan program GKP ini di teruskan lagi dengan tambahan secara tunai dibawah Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP4.0) yang akan memanfaatkan kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro.

KADAR BAYARAN GKP 4.0

Peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima tambahan bayaran dalam GKP 4.0 secara automatik pada kadar RM1,000.

TARIKH BAYARAN

Mengenai tarikh bayaran GKP 4.0 ini pula, ianya akan dilaksanakan secara berperingkat dan akan melalui 2 fasa iaitu pada :

  • Fasa 1 September 2021 : RM500
  • Fasa 2 November 2021 : RM500

PENDAFTARAN GKP 4.0

Kepada peniaga ataupun usahawan yang layak akan tetapi tidak pernah membuat sebarang permohonan bagi bantuan GKP ini, pendaftaran akan bermula pada pertengahan Julai 2021.

Nota : Maklumat lanjut berkenaan GKP 4.0 ini, pihak kami akan maklumkan sekiranya mendapat maklumat baru mengenainya.

Ulasan