Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagaimana berikut:-

jawatan kosong mbsa

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Penempatan : Negeri Selangor Darul Ehsan
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah @ Setaraf
  • Tarikh Tutup Permohonan : 07 Jun 2022 (Selasa)

JAWATAN

  1. Juruaudit Gred W41
  2. Juruteknik Komputer Gred FT19
  3. Jurutera Gred J41
  4. Pegawai Tadbir Gred N41
  5. Pembantu Kemahiran Gred H19
  6. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  7. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  8. Pembantu Penguatkuasa (Suasa Efektif) Gred KP19
  9. Pembantu Penilaian Gred W19
  10. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  11. Pengawal Keselamatan Gred KP11
  12. Penolong Akauntan Gred W29
  13. Penolong Jurutera Gred JA29
  14. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41/U42
  15. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
  16. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan