Seperti yang kita sedia maklum kepada semua, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa ke 3 akan mula disalurkan pada bulan September 2022 ini. Kerajaan telah membuka semula pautan untuk mengemaskini maklumat penerima BKM bagi tujuan memudahkan proses pembayaran pada Fasa 3 ini.
Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat. Sebelum ini, pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telahpun dikreditkan pada bulan Mac dan Jun lalu
JADUAL PEMBAYARAN BKM FASA 3
Pembayaran BKM akan melalui 4 fasa, di bawah telah disediakan jadual pembayaran BKM mengikut fasa pada tahun 2022 seperti berikut:
- FASA 1 bermula 28 Mac 2022 secara berperingkat (Selesai)
- FASA 2 bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat (Selesai)
- FASA 3 bermula September 2022 dan pembayaran dijangkakan akan bermula sama seperti fasa 1 & 2 iaitu pada penghujung bulan
- FASA 4 akan bermula pada bula Disember 2022 (Tarikh belum diumumkan)
JUMLAH BAYARAN BKM FASA 3
Berikut disenaraikan kadar bantuan BKM yang diberikan mengikut golongan:
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1-2: RM300
- Bilangan anak 3 ke atas: RM400
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1-2: RM100
- Bilangan anak 3 ke atas: RM100
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1-2: RM600
- Bilangan anak 3 ke atas: RM700
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM400
- Bilangan anak 1-2: RM400
- Bilangan anak 3 ke atas: RM400
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Bilangan anak 1-2: RM800
- Bilangan anak 3 ke atas: RM900
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 1-2: RM600
- Bilangan anak 3 ke atas: RM600
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Jumlah BKM Fasa 3: RM150
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Jumlah BKM Fasa 3: RM150
TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 3
Pembayarannya akan dibuat pada bulan September 2022. Namun, tarikh rasmi secara tepat belum dimaklumankan oleh pihak kerajaan.
Pembayarannya sama seperti sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
SEMAKAN STATUS BKM FASA 3
MAKLUMAT LANJUT
Sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:
- Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.
- Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.
Ulasan
Catat Ulasan