Permohonan Jawatan Kosong di Yayasan Islam Terengganu

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Yayasan Islam Terengganu sebagaimana berikut:-

jawatan kosong yayasan islam terengganu


MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Yayasan Islam Terengganu
  • Penempatan : Negeri Terengganu Darul Iman
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 23 November 2022 (Rabu)

JAWATAN

  1. Pegawai Tadbir Gred N41
  2. Tenaga Pengajar Gred DC41
  3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
  4. Penolong Akauntan Gred W29
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  6. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  7. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  8. Guru Tadika Gred N19
  9. Pembantu Guru Gred N19
  10. Pembantu Operasi Gred N11
  11. Pemandu Kenderaan Gred H11

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan