Permohonan Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Bandaraya Ipoh sebagaimana berikut:-

majlis bandaraya ipoh

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
  • Penempatan : Negeri Perak Darul Ridzuan
  • Kelayakan : SPM & Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 30 Januari 2023 (Isnin)

JAWATAN

  1. Penolong Jurutera (Kejuruteraan Elektronik) Gred JA29
  2. Penolong Jurutera (Kejuruteraan Awam) Gred JA29
  3. Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
  4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  5. Pelukis Pelan Gred JA19
  6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  7. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
  8. Pembantu Penilaian Gred W19

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat menggunakan (Borang MBI.1) Pind.2/2009 yang boleh dimuat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan Sekeping gambar terkini berukuran paspot (dilekatkan pada borang permohonan), Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Lahir, Salinan Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia dan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah, Salinan Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir daripada pusat-pusat pengajian dan Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dengan mencatatkan nama jawatan di sebelah kiri sampul surat hendaklah dikemukakan kepada alamat seperti berikut.

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Ipoh
Tingkat 1. Jalan Sultan Abdul Jalil,
Greentown,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

Ulasan