Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan bantuan kewangan tahunan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat malaysia bagi tahun 2023.
Bantuan ini akan memanfaatkan sembilan (9) juta penerima bantuan yang menelan perbelanjaan negara sehingga RM107 billion. Bantuan ini sebelumnya dikenali sebagai Bantuan sara hidup (bsh), Bantuan prihatin nasional (bpn), Bantuan prihatin rakyat (bpr) dan Bantuan keluarga malaysia (bkm).
Perdana Menteri Ke 10 yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan ini di Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19 dan juga rakyat yang terjejas dengan bencana alam. Bantuan ini akan mula disalurkan kepada semua penerima pada bulan Januari 2023 bagi Fasa 1.
Semakan Bantuan Tunai Rakyat (BTR)
Individu yang telah mendapat bantuan kerajaan seperti BSH, BPN, BPR dan BKM akan terus menerima bantuan ini.
Walaubagaimanapun, semakan boleh dibuat di laman sesawang Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang akan diaktifkan tidak alam lagi
Jadual Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023
Bantuan Tunai Rakyat akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Berikut merupakan kategori penerima Bantuan Tunai Rakyat yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan.
Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR)
Pembayaran bantuan ini akan disalurkan kepada rakyat pada Januari 2023 bagi Fasa 1. Dimaklumkan, Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 telah pun mula dikreditkan pada 15 Januari 2023.
Cara Mohon Bantuan Tunai Rakyat 2023
Bantuan ini merupakan bantuan kewangan tahunan bagi penerima yang tersenarai sebagai layak menerima bantuan ini.
Oleh itu, individu yang telah menerima bantuan BKM lama TIDAK PERLU membuat permohonan baru untuk mendapatkan bantuan ini.
Syarat Kelayakan Bantuan Tunai Rakyat 2023
Disebabkan oleh bantuan ini merupakan bantuan tahunan yang diteruskan oleh kerajaan sebelum ini, maka syarat kelayakan bagi permohonan baru Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 adalah sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini.
Antara syarat-syarat yang dikenakan bagi permohonan baru adalah seperti berikut;
Syarat Permohonan Bantuan Tunai Rakyat Isi Rumah
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Pemohon merupakan lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
- bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 atau kurang.
- Pasangan pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia atau memiliki kad pengenalan Malaysia.
- Anak pemohon mestilah anak kandung atau anak angkat yang berdaftar dibawah JPN.
- Anak pemohon mestilah memiliki kad pengenalan atau MyKid.
- Anak pemohon juga hendaklah individu yang tidak bekerja atau masih belajar.
Syarat Bantuan Tunai Rakyat Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM5000 atau kurang bagi yang berumur 60 tahun ke atas.
Syarat Bantuan Tunai Rakyat Bujang
- Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
- Pemohon hendaklah individu yang bekerja di Malaysia yang mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan RM2500 atau kurang bagi yang berumur 21 tahun sehingga 59 tahun dan OKU yang berumur 19 tahun sehingga 59 tahun.
Ulasan
Catat Ulasan