Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM Siri 67/23 - Kelayakan SPM/SVM

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagaimana berikut:-

jawatan kosong tudm

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Penempatan : Seluruh Negara
  • Kelayakan : Rujuk Lampiran Dibawah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2023 (Khamis)

JAWATAN

  1. Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM Siri 67/23 (Lelaki)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 Nov 2023.
  • TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
  • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
  • Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran.
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

Tinggi:
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
Berat:
  • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan