Cara Mudah Lulus Ujian Psikometrik SPA 2023

 Secara asasnya, ujian psikometrik ini dijalankan bertujuan untuk mengumpul data-data personaliti calon. Pihak SPA akan memadankan data-data personaliti calon ini dengan keperluan perwatakan sesuatu jawatan.

cara mudah lulus ujian psikometrik

Hanya calon yang mempunyai banyak persamaan perwatakan dengan sesuatu jawatan sahaja akan diluluskan dalam ujian ini. Bagi calon yang mempunyai sedikit persamaan perwatakan, mereka akan digagalkan di atas alasan tidak menepati ciri-ciri yang dicari.

Sama seperti ujian online kerajaan yang lain, ujian ini juga bertujuan untuk mengecilkan saiz calon. Jika calon yang dipanggil mempunyai 10,000 orang calon, ujian ini akan digunakan sebagai alat untuk menapis kesemua calon itu menjadi satu kelompok yang tersangat kecil.

Soalan ujian psikometrik ini tiada jawapan yang betul ataupun salah. Jawapan untuk setiap soalan itu bergantung kepada siapa yang menilai. Dalam ujian psikometrik, pihak yang menilai ialah SPA.

Jadi, setiap jawapan yang anda nak pilih perlulah mengikut apa yang pihak SPA inginkan. Di bawah ini kami kongsikan jawapan dan cara SPA menilai sesuatu soalan ujian psikometrik.

Berikut dikongsikan Tips Lulus Ujian Psikometrik SPA oleh Cikgu Khairul seorang yang berpengalaman 10 tahun dalam membantu calon exam SPA.

Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.

Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 1, soalan 2 dan soalan 3 di bawah ini. Ketiga-tiga soalan ini di bawah skop penilaian yang sama. Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara tiga soalan ini.

Soalan 1: Saya akan cuba bertegur sapa dengan ramai tetamu sekiranya menghadiri sesuatu majlis.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 1 ini ialah bagaimana cara anda bersosial. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda? Jika anda ini seorang yang suka bersosial, jawapan SANGAT KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.

Seandainya anda kurang gemar bersosial, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.

Tetapkan Pendirian Anda.

Soalan 2 dan soalan 3 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 1. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 1, 2 dan 3 ini.

Soalan 2: Saya memulakan perbualan dahulu apabila berjumpa dengan orang yang baru saya kenali.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Memulakan perbualan dengan orang baru dikenali itu menunjukkan seseorang itu bersifat peramah. Jika anda seorang yang suka berkawan dengan semua orang, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP. Jika anda tak berapa gemar bergaul dengan orang tidak dikenali, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.

Soalan 3: Saya tidak selesa berada di majlis sosial.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Jika anda seorang yang suka bersosial, jawapan yang paling tepat ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU. Sekiranya anda ini seorang yang kurang gemar bersosial, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah SETUJU ataupun SANGAT SETUJU.

Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu bersosial.

Perwatakan seorang yang cenderung suka bersosial.
Soalan 1 = Sokong,
Soalan 2 = Sokong,
Soalan 3 = Bangkang

Perwatakan seorang yang cenderung tidak gemar bersosial.
Soalan 1 = Bangkang,
Soalan 2 = Bangkang,
Soalan 3 = Sokong

Daripada tiga jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini suka bersosial ataupun tidak suka bersosial. Jika anda mampu memberikan pendirian yang selari antara soalan 1, soalan 2 dan soalan 3, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.

“Apa kepentingan pihak SPA nak tahu calon suka bersosial atau tak suka ni cikgu?”

Kalau anda nak tahu, ketiga-tiga soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan introvert dan extrovert sahaja. Orang yang suka bersosial ini berada dalam kategori extrovert, manakala orang yang tak suka bersosial pula berada dalam kategori introvert.


Introvert atau extrovert, mana lebih baik? Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. Dalam ujian psikometrik, ianya digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan calon tu dengan jawatan.

Ada jawatan memerlukan seseorang itu berinteraksi dengan orang ramai. Ketika ini, calon ada perwatakan extrovert akan dipilih. Jika jawatan itu memerlukan tahap ketelitian yang tinggi, calon berperwatakan introvert pula akan dipilih.

Jika dinilai daripada sudut psikologi, orang introvert lebih teliti berbanding orang extrovert. Orang extrovert lebih mementingkan keseronokan, manakala orang introvert pula lebih fokus pada objektif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Memang Mudah, Tapi Tak Semudah Itu.

Soalan tu nampak macam mudah kan? Kalau lah semua soalan mudah macam ini, pasti ramai yang akan lulus ujian ini. Maka tak tercapailah objektif ujian ni dijalankan untuk mengecilkan jumlah calon. Apa-apapun, kena berbalik kepada tujuan utama ujian ini, iaitu nak mengecilkan calon kepada kelompok yang tersangat kecil.

Soalan Untuk Mengecilkan Jumlah Calon

Ketiga-tiga soalan ini nampak mudah disebabkan anda boleh nampak perkaitan antara soalan. Ada sesetengah soalan memang susah nak kesan perkaitan. Contohnya tiga soalan di bawah ini. Walaupun ketiga-tiga soalan ini mempunyai skop penilaian yang sama, tapi sangat susah nak nampak perkaitan antara soalan.

Soalan 4: Penjual tidak menjual goreng pisang untuk pelanggan, tapi pelanggan yang menyuruh penjual mengorengkan pisang untuknya.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 5: Saya membayar denda atas kesalahan walaupun ada peluang melepaskan diri.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Soalan 6: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.

A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju

Apa elemen penilaian disebalik tiga soalan ini? Dan bagaimana cara nak pilih jawapan yang selari antara satu sama lain? Ramai calon fikir kena cari yang mana satu betul, sama ada penjual yang betul, atau pembeli yang betul. Tapi, itu hanyalah untuk mengelirukan anda. Bukan itu yang hendak diuji.

Sumber : Cikgu Khairul

Ulasan