Jawatan Kosong di Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

Permohonan Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perubatan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perubatan Malaysia sebagaimana berikut.

jawatan kosong majlis perubatan malaysia

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Perubatan Malaysia (MMC)
  • Penempatan : Rujuk Lampiran Dibawah
  • Kelayakan : SPM & Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 04 Disember 2023 (Isnin)

JAWATAN

  1. Pegawai Tadbir (Personel MySTEP)
  2. Pembantu Tadbir (Personel MySTEP)

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

SYARAT PERMOHONAN

Pegawai Tadbir

Calon bagi jawatan di atas mestilah memilik kelayakan berikut:-
  1. Ijazah Sarjana Muda berkaitan Komunikasi Korporat, Komunikasi Massa, Pengurusan Maklumat dan Pengajian Media; atau
  2. Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  3. Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  4. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred B) dalam subjek Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Gred B dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Mempunyai kemahiran menguruskan majlis atau mesyuarat rasmi dan mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik dan dalam Bahasa Inggeris, boleh secara bekerja secara individu atau berkumpulan serta bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar kawasan sekiranya diarahkan.
  6. Berkebolehan dan berani berkomunikasi di khalayak ramai serta tidak kekok untuk berada di hadapan kamera.
  7. Bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  8. Seorang yang positif, bermotivasi, berdisiplin, berkerja secara berkumpulan dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum oleh ketua jabatan.
  9. Berpengalaman dan mempunyai daya kreativiti serta berfikiran di luar kotak dalam mengendalikan media sosial korporat, menyediakan bahan hebahan/promosi seperti e-poster dan video pendek.
  10. Mahir terhadap penggunaan software berkaitan rekaan dan penyuntingan seperti Adobe Illustrator, Adobe Lightroom, Adobe Premire, Adobe After Effect dan sebagainya.
  11. Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel dan lain-lain.
  12. Keutamaan kepada calon yang menetap di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor).
  13. Calon lepasan Ijazah digalakkan untuk memohon.

Pembantu Tadbir

Calon bagi jawatan di atas mestilah memilik kelayakan berikut:-
  1. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  2. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di lapangan atau luar kawasan sekiranya diarahkan.
  3. Bersedia dan mampu untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  4. Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
  5. Seorang yang positif, bermotivasi, berdisiplin, berkerja secara berkumpulan dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
  6. Keutamaan kepada calon yang menetap di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor)


SKOP KERJA

Pegawai Tadbir

  1. Menyelaras penyampaian dan penyaluran maklumat rasmi MPM kepada pihak luar.
  2. Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program, aktiviti dan majlis rasmi MPM melalui penerbitan laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar di media sosial, media cetak dan media massa.
  3. Menyelaras pelaksanaan pelan media berkenaan publisiti dan promosi bagi dasar dan aktiviti MPM melalui pelantar media sosial.
  4. Menguruskan pertanyaan dan maklum balas media berkenaan isu-isu berkaitan MPM di media sosial dan emel rasmi.
  5. Memantau kandungan media sosial MPM bagi memastikan maklumat dan kandungan media sentiasa dikemas kini dan maklumat yang disampaikan adalah tepat, betul dan mutakhir.
  6. Menghasilkan kandungan media yang terkini dan kreatif dari semasa ke semasa sebagai kandungan di media sosial MPM.

Pembantu Tadbir

  1. Membantu menguruskan urusan protokol majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke MPM.
  2. Membantu menguruskan persiapan dan urusan logistic bagi majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke MPM.
  3. Menjadi urus setia berkaitan protokol bagi majlis-majlis rasmi MPM.
  4. Membantu menguruskan pesanan makanan bagi mesyuarat jawatankuasajawatankuasa yang berada di bawah MPM.
  5. Membantu dalam urusan penempahan hotel bagi Ahli MPM, Ahli Jawatankuasa dan Tetamu Kehormat yang menghadiri majlis rasmi, mesyuarat, lawatan dan kunjungan hormat pihak luar ke MPM.
  6. Membantu dalam urusan perolehan barangan korporat MPM dan cenderahati bagi majlis-majlis rasmi MPM.

CARA MEMOHON

  • Calon yang berminat boleh kemukakan resume bergambar kepada hr@mmc.gov.my dengan tajuk emel PERMOHONAN JAWATAN PERSONEL MySTEP MPM.
  • Hanya calon yang layak akan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Ulasan