Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Permohonan Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di PKNS sebagaimana berikut.

pkns november 2023

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
  • Penempatan : Negeri Selangor Darul Ehsan
  • Kelayakan : Diploma & Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 12 Disember 2023 (Selasa)

JAWATAN

  1. Pegawai Tadbir Gred N48 /Pengurus Pemasaran Strategik
  2. Pegawai Tadbir Gred N41 / Penolong Pengurus (Bahagian Jualan – PKNS Square)
  3. Pegawai Tadbir Gred N41 / Penolong Pengurus (Bahagian Jualan)
  4. Pegawai Tadbir Gred N41 / Penolong Pengurus (Unit Setiausaha Syarikat)
  5. Pegawai Tadbir Gred N41 / Penolong Pengurus (Bahagian Perolehan)
  6. Akauntan Gred WA41 (Bahagian Perolehan)
  7. Penolong Jurutera Gred JA29 (Bahagian Perolehan)
  8. Penolong Akauntan Gred W29 (Bahagian Pengurusan Risiko)

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Rakyat Negeri Selangor; atau
  • Ibu/bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah atau di laman sesawang https://www.pkns.gov.my/en/join-us/ berserta syarat-syarat dan maklumat jawatan.
  • Salinan sijil-sijil yang lengkap perlu diemel ke alamat e-mel bsm@pkns.gov.my (dalam bentuk PDF).
  • Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor perlu memaklumkan kepada Ketua Bahagian masing-masing. 
  • Pemohon daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut peraturan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan kemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama dalam permohonan tersebut. Permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan