Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru MBJB sebagaimana berikut:-

majlis bandaraya johor bahru

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
  • Penempatan : Negeri Johor
  • Kelayakan : PMR/PT3/SPM/Diploma/Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 23 November 2023 (Khamis)

JAWATAN

  1. Arkitek Gred J41
  2. Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
  3. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  4. Pembantu Operasi Gred N11
  5. Pembantu Awam Gred H11
Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.


Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 8, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.
  • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.
  • Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dokumendokumen sebagaimana berikut dan telah diakui SAH :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);
(iii) salinan transkrip pengajian;
(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;
(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
(Sijil / Diploma / Ijazah);
(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;
(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;
(viii) salinan kad pengenalan;
(ix) salinan sijil kelahiran; dan
(x) gambar berukuran pasport terbaru

dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
MENARA MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM
BUKIT SENYUM
80300 JOHOR BAHRU

Ulasan