Jawatan Kosong : Ujian Lasak Terbuka (Walk-In) Pembantu Penguat Kuasa DBKL

Jawatan Kosong : Ujian Lasak Terbuka (Walk-In) Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 DBKL

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana berikut:-

jawatan kosong dbkl november 2023

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Lokasi Ujian Khas Terbuka : Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Tembeling, 53200, Kuala Lumpur
  • Bilangan Kekosongan : 63 Kekosongan
  • Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak
  • Gaji : Bermula RM1,360.00 Hingga RM4,052.00
  • Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Tarikh Ujian Khas Terbuka : 28 November 2023 (Selasa)

JAWATAN

  1. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 (Lelaki & Wanita)

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain; atau
  2. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian di dalam dua (2) mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam empat (4) mata pelajaran yang lain serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:- 
  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.60m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  3. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  4. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  5. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  6. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat di lapangan oleh pegawai perubatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 1(a)(i), 1(a)(ii) dan 1(a)(iii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN

Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu B2/D/E atau lesen tempoh percubaan (P) yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

UMUR

Calon-calon hendaklah berumur 20 hingga 27 tahun pada tahun 2023

INDEKS JISIM BADAN (BMI)

Calon-calon hendaklah mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Lasak Terbuka:
  • KAD PENGENALAN;
  • SIJIL KELAHIRAN;
  • SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM). SLIP KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), TIDAK DITERIMA;
  • BUKU PERKHIDMATAN (BEKAS POLIS / TENTERA);
  • BEKAS POLIS / TENTERA HENDAKLAH MENGEMUKAKAN DOKUMEN YANG DIAKUI SAH TELAH DITAMAT ATAU MENAMATKAN PERKHIDMATAN DENGAN BAIK DAN KENYATAAN BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN (PDRM/ATM) SEMASA DALAM TEMPOH PERKHIDMATAN;
  • SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;
  • LESEN MEMANDU B2/D/E ATAU LESEN TEMPOH PERCUBAAN (P) YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ);
  • SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

Update Jawatan Kosong Terkini

CATATAN

  • Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;
  • Calon dikehendaki berpakaian t-shirt berwarna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;
  • Calon dikehendaki membawa bersama alat tulis dan air mineral;
  • Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Lasak Terbuka (Walk-in) ini; dan
  • Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka (Walk-in) sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Ulasan