Pengambilan Baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM Siri 68/24 (Lelaki)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di TUDM sebagaimana berikut.

jawatan kosong tudm januari 2024

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
  • Penempatan : Seluruh Negara
  • Kelayakan : SPM/SVM/Diploma
  • Tarikh Tutup Permohonan : 07 Januari 2024 (Ahad)

JAWATAN

  1. Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM Siri 68/24 (Lelaki)

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

SYARAT ASAS PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 15 Jun 2024.
  3. TIDAK BERKAHWIN bagi calon wanita.
  4. Penglihatan - Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
  5. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  6. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  7. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

SYARAT FIZIKAL

Tinggi:
  • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.65 m
  • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m

Berat:
  • Berat Badan Minima Lelaki 49 kg
  • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg

Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

KELAYAKAN AKADEMIK

  1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]


LANGKAH MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Layari https://kerjayadanpengambilantudm.mil.my/
  2. Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  3. Log masuk ke bahagian pemohon.
  4. Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  5. Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

  • Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
  • Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
  • Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

Ulasan