Rasmi KEMAS : Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) Tahun 2024

 Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Tahun 2024 sebagaimana berikut:-

sijil pendidikan awal kanak kanak kemas 2024

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  • Penempatan : Institut/Pusat Latihan KEMAS
  • Kelayakan : Rujuk Lampiran Dibawah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 17 November 2023 (Jumaat)

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA KEMAS) TAHUN 2024 (kis.kemas.gov.my)

Syarat Asas Permohonan 

1) Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Diploma akademik dalam bidang Pendidikan Awal KanakKanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2) Terbuka kepada : i) Jurusan TABIKA (calon lelaki atau perempuan)
                                ii) Jurusan TASKA (calon perempuan sahaja)

3) Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).

4) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak menghidap penyakit yang kronik.

5) Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam.

6) Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan.

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Maklumat Asas Kursus

  • Tempat : Institut/Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
  • Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. 
  • Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di kis.kemas.gov.my mulai 3 November 2023 (Jumaat).
  • Pemohon hanya boleh memohon satu jurusan sahaja.
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan diproses.

Ulasan