RASMI STR 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

str fasa 1 tahun 2024

Beliau berkata pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Salah satunya melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 ataupun Belanjawan Madani Kedua 13 Oktober 2023.
Inisiatif ini hasil daripada penyasaran semula subsidi yang membolehkan Kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Belanjawan 2024 ataupun Belanjawan Madani Kedua, pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Peruntukan STR juga meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Jumlah Bayaran STR 2024

  • Kadar maksimum STR juga meningkat daripada 3,100 ringgit kepada 3,700 ringgit.
  • Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada 350 ringgit kepada 500 ringgit.
  • Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum 300 ringgit. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada 500 ringgit yang akan disalurkan sebelum Ramadan.
  • Bantuan SARA diluaskan kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan selama 12 bulan.

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada bulan Februari 2024.

Ulasan