Jawatan Kosong MySTEP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Kebajikan Masyarakat

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di JKM sebagaimana berikut:

jabatan kebajikan masyarakat JKM dis 2023

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Penempatan : Putrajaya
  • Kelayakan : Diploma & Ijazah
  • Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2023 (Jumaat)

Jawatan

  1. Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41
  2. Jurufoto/Video

Gaji Ditawarkan dan Kemudahan

  • Gaji RM1,900.00 (Diploma) - RM2,100.00 (Ijazah)
  • Manfaat Caruman KWSP & PERKESO
  • Kemudahan Cuti Rehat dan Cuti Sakit

Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat Kelayakan Pegawai Komunikasi Strategik

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 20 hingga 35 tahun.
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan.
  3. Berkemahiran dalam penghasilan kandungan media sosial dan menyediakan copywriting.
  4. Berkebolehan dalam pemantauan berita, isu semasa dan komunikasi strategik.
  5. Berkemahiran dalam penghasilan infografik & kerja-kerja grafik.
  6. Calon yang mahir menggunakan Adobe Illustrator, Adobe Photoshop adalah satu kelebihan.

Syarat Kelayakan Jurufoto/Video

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 20 hingga 35 tahun.
  2. Diploma dalam bidang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
  3. Berkemahiran mengendalikan kamera, peralatan studio & rakaman video.
  4. Berkebolehan dalam editing gambar & video.
  5. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop dan lain-lain perisian yang berkaitan.
  6. Berkebolehan menggunakan OBS serta mahir dalam mengendalikan live streaming.


Cara Memohon

  • Sila emelkan permohonan resume serta sijil berkaitan ke pro_jkm@jkm.gov.my
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan