Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan UPSI

Jawatan Kosong Terkini di UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2023. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Maklumat Permohonan

  • Nama Majikan : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Penempatan : Negeri Perak Darul Ridzuan
  • Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda
  • Tarikh Tutup Permohonan : 18  Disember 2023 (Isnin)

Jawatan

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Gaji dan Kemudahan Elaun

  • Gaji Bermula RM 2,188.00 hingga RM 9,552.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) RM 225.00
  • Imbuhan Tetap Keraian RM 300.00
  • Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
  • Elaun Bantuan Sara Hidup RM 150.00

Bidang

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Untuk memohon lain-lain Jawatan (Mohon Disini)

Syarat-Syarat Umum 

  1. Warganegara Malaysia;
  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi penhajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,188.00); atau
  2. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94); atau
  3. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,391.94); atau
  4. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM2,902.98); atau
  5. ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41 : RM3,209.60)


Cara Memohon

  • Pemohon Warganegara hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online di pautan myjobs.upsi.edu.my melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan