PETALING JAYA: Malaysia dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan ubat Rendesivir bagi merawat Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemilihan negara ini dibuat berikutan keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melakukan kajian klinikal.
“WHO menghubungi KKM untuk dipilih sebagai salah satu pusat untuk jalankan penyelidikan rawatan Covid-19 iaitu kita lihat ubat terbaru untuk kita selidik iaitu ubat Rendesivir untuk digunakan pada pesakit.
“Malam ini kita akan ada perbincangan dengan WHO dan antara agenda utama ialah berhubung penyelidikan bersama dengan WHO dengan KKM.
“Malaysia salah satu negara yang dipilih untuk menyertai penyelidikan ini,” katanya ketika sidang media di KKM hari ini.
Noor Hisham turut memaklumkan, pemilihan Malaysia dibuat berdasarkan kemampuan menyelidikan yang baik oleh KKM.
Lihat Juga : KKM Memerlukan 1407 staff baru tangani COVID-19
Lihat Juga : Bantuan Prihatin Nasional
“Kita akan memulakan penyelidikan secepat mungkin dan ia akan dibincangkan malam ini.
“Berapa negara yang terpilih malam ini kita akan tahu. Penyelidikan kita akan tertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital lain yang merawat Covid-19,” katanya.
Mengulas keberkesanan ubat Rendesivir, katanya, ia akan diputuskan selepas penyelidikan dibuat.
“WHO akan kenal pasti ubat Rendesivir, jadi ubat ini telah dikenal pasti sebagai ubat yang boleh diguna untuk Covid-19, sama ada mujarab atau tidak kita kena laksanakan penyelidikan,” katanya.
Kit ujian pantas dari Korea
Noor Hisham berkata KKM sedang menjalankan ujian pada kit ujian pantas (RTK) dari Korea untuk mengesan Covid-19 dan berhasrat membelinya dengan kuantiti yang besar, mencecah 1 juta kit jika ia mempunyai tahap ketepatan yang tinggi.Beliau turut memaklumkan KKM menguji jenama lain yang diperbuat dari China, dan memutuskan untuk tidak membuat pembelian dari syarikat tersebut kerana tahap ketepatan yang rendah.
“Setakat ini, makmal kami mempunyai kapasiti untuk memproses 7,100 kes sehari. Hari ini kami sedang menguji kit ujian antigen (dari) Korea, dan jika berjaya (tahap ketepatan tinggi), kami akan membuat pesanan sebanyak 200,000 unit.
“Kalau ketepatan tidak baik, kami tidak akan memesannya. Harap-harap kami dapat tahu keputusannya malam ini,” katanya.
Katanya, jika ujian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati RTK dari Korea itu mempunyai tahap ketepatan yang tinggi, mereka akan membuat tempahan.
Sebelum ini, KKM memaklumkan pihaknya sedang berusaha meningkatkan keupayaannya dalam mengesan kes positif Covid-19 di negara ini dengan menggunakan RTK.
Bagaimanapun, beliau menegaskan KKM perlu menguji kit tersebut terlebih dahulu untuk melihat tahap ketepatannya.
Lihat Juga : Cara Mohon Bantuan RM600
Lihat Juga : Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan