Cara Membuat Rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

cara membuat rayuan bpn 2020

RAYUAN BPN TIDAK LULUS (sudah daftar)

Seperti Carian di atas, jika status semakan TIDAK LULUS anda layak untuk buat rayuan BPN.


Perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda sudah mendaftar dan boleh log masuk.
  1. Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan TIDAK LULUS
  2. Klik butang Permohonan Rayuan
  3. Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  4. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar

RAYUAN BPN TIDAK LULUS (belum daftar)

Seperti Carian di atas, jika status semakan TIDAK LULUS anda dibenarkan dan layak untuk buat rayuan BPN.

Berbeza dengan mereka yang sudah mendafatar, perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda belum lagi mendaftar BPN. Ini bermakna anda belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan untuk Log Masuk.
  1. Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan TIDAK LULUS
  2. Jika belum daftar ID Pengguna, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
  3. Klik butang Daftar Akaun
  4. Jawab Soalan Keselamatan berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan pada borang permohonan
  5. Hanya ada dua (2) soalan sahaja yang perlu dijawab
  6. Setelah berjaya menjawab Soalan Keselamatan tadi, anda dikehendaki memelih lima (5) soalan Frasa Keselamatan
  7. Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk
  8. Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna
  9. Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk digodam ialah yang berwarna hijau
  10. Selepas selesai pendaftaran akaun BPN, klik butang Log Masuk
  11. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
  12. Paparan Maklumat Pemohon dan Pengesahan akan dipaparkan
  13. Kemaskini Maklumat Pemohon jika ada
  14. Klik butang Permohonan Rayuan
  15. Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  16. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar

Cara buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional ini adalah untuk yang TIDAK LULUS sahaja. Semoga Berjaya!

Ulasan