Cara Membuat Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU)

Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan dana tersebut boleh mula membuat semakan di laman web rasmi YaPeim. Pemberian Dana Inspirasi Malaysia ini dilaksanakan secara berfasa, bagi permohonan yang gagal, pemohon boleh mengemukakan permohonan semula pada fasa selanjutnya. Keutamaan bantuan ini adalah untuk golongan B40 di Malaysia. Para ibu bapa boleh membuat permohonan untuk setiap anak yang sedang belajar samada di sekolah atau IPT dan borang permohonan perlu dihantar secara berasingan.

semakan status inspirasiku

KADAR BANTUAN


  • Pelajar sekolah (rendah dan menengah) akan menerima bantuan sebanyak RM 500
  • Pelajar IPT akan menerima bantuan sebanyak RM 1,000

CARA SEMAKAN PERMOHONAN

  1. Layari laman web YaPEIM di http://eamal.yapeim.my/semakan/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) dan klik butang Semak.
  3. Keputusan akan dipaparkan samada Diluluskan, Tidak Lulus atau Sedang Diproses.
  4. Sekiranya status permohonan anda Sedang Diproses, bermakna borang yang dihantar secara manual dalam proses imbasan serta muat naik ke dalam sisitem.
  5. Tarikh semakan permohonan boleh dibuat mulai 16 Mac 2020.
  6. Sekiranya permohonan anda Gagal, pemohon boleh membuat permohonan semula setelah fasa 2 dibuka.

Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan secara tunai atau dikreditkan terus ke akaun bank dan kaedah pembayaran bantuan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan. Pada peringkat fasa 1, bantuan diberikan kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal persekolahan. Walau bagaimana pun bagi pelajar IPT, pengumuman pembayaran akan dibuat oleh YaPEIM setelah mempunyai tarikh yang sesuai untuk diumumkan.


MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak YaPEIM di talian 0327172717 atau hantarkan emel kepada info@yapeim.my

Ulasan