Cara Mudah Daftar i-Akaun KWSP melalui ONLINE

i-Akaun merupakan sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan memiliki akaun ini, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang sediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Dengan menggunakan i-Akaun KWSP, ahli mahupun majikan tidak perlu lagi untuk hadir ke kaunter cawangan pejabat KWSP untuk melakukan urusan-urusan tertentu.

Sebaliknya, mereka boleh mengakses i-Akaun di mana sahaja tempat yang memiliki capaian internet di peranti telefon bimbit atau di komputer

cara daftar i-akaun kwsp

CARA MENDAFTAR i-AKAUN KWSP EPF SECARA ONLINE

Berikut adalah langkah mendaftarkan i-Akaun melalui e-mel

1. LAYARI LAMAN WEB RASMI KWSP
Mula-mula, pergi ke laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.

2. DAFTAR MELALUI E-MEL
Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”

3. MUAT TURUN BORANG
Secara automatik, borang akan dimuat turun.



4. LENGKAPKAN DOKUMEN
Dokumen yang perlu disediakan:

  • Borang permohonan yang lengkap
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang
  • Gambar selfie dengan kad pengenalan
  • Bukti pemilikan nombor fon (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)
  • Salinan penyata akaun bank

5. HANTAR MELALUI E-MEL
Borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada alamat emel seperti dibawah.

Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari boleh di e-emelkan ke ilestarimohon@epf.gov.my.

Tarikh Akhir Permohonan i-Lestari

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April.

Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.

Rujuk FAQ di bawah untuk penjelasan yang lebih lanjut.


PERMOHONAN I-LESTARI MELALUI POS

Selain melalui e-mel, permohonan i-Lestari juga boleh dibuat melalui pos.

Sila hantarkan pos/kurier kepada alamat berikut :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

PERTANYAAN LANJUT
Anda merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari boleh dibuat melalui e-mel di ilestari@epf.gov.my.

Ulasan