Cara Mudah Membuat Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online

keluaran duit kwsp ilestari


PENGELUARAN I-LESTARI

Apakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
  3. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)


TEMPOH PENGELUARAN

Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

KELAYAKAN PENGELUARAN

Siapa yang layak memohon i-Lestari?
Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :
  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2

AMAUN YANG BOLEH DIKELUARKAN

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

CARA PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

  1. Layari www.kwsp.gov.my dan klik 'LOG MASUK' sebagai Ahli dan Masukkan ID Pengguna
  2. Klik 'PERMOHONAN BARU' dan pilih i-Lestari daripada senarai 'Jenis Pengeluaran'
  3. Sila Baca dan fahami NOTA PENTING PERMOHONAN e-PENGELUARAN yang dipaparkan sebelum meneruskan transaksi
  4. Klik 'OK' untuk meneruskan permohonan, kemudian klik 'SETERUSNYA'
  5. Isikan 'Amaun Dipohon' (amaun pengeluaran minimum adalah RM50 dan maksimum RM500 sebulan)
  6. Isikan 'BUTIRAN AKAUN BANK' (sila pastikan nombor akaun bank yang dikemukakan adalah AKTIF untuk melancarkan process pembayaran) Kemudian klik 'SETERUSNYA'
  7. Baca dan fahami 'PERAKUAN' berkenaan terma dan syarat permohonan sebelum meneruskan transaksi. Kemudian klik 'SETUJU'
  8. Klik 'PERMOHONAN TAC'. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP. Klik 'SAHKAN'
  9. Isikan nombor TAC dan klik 'HANTAR' untuk melengkapkan permohonan
  10. Skrin 'Pengesahan Permohonan Pengeluaran' akan dipaparkan.


Sila semak 'INBOX' i-Akaun untuk status permohonan i-Lestari

Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada ilestari@epf.gov.my

Permohonan bagi ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui emel atau pos/kurier sahaja.

Ulasan