Ini Cara Mudah Semak Bil Elektrik Semasa PKP Melalui Aplikasi SEB Cares. PKP dah nak masuk dua bulan, tapi kenapa bil elektrik tak sampai-sampai? Untuk pengetahuan anda, pada musim PKP ini, bil elektrik di Sarawak tidak akan disampaikan secara terus ke rumah anda. Tetapi ia tidak bermakna anda harus berlengah membayar bil elektrik dan hanya perlu berbuat sedemikian apabila sepucuk bil sampai ke rumah anda. Silap hari bulan boleh bergelap rumah anda.
Tahukah anda bahawa ada cara lain yang lebih mudah untuk anda mengetahui jumlah bil elektrik anda pada bulan semasa? Ya, hanya perlu memuat turun aplikasi SEB Cares. Bukan sahaja anda boleh menyemak bil elektrik bulanan anda, malah anda juga boleh membayarnya terus menerusi aplikasi tersebut.
Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Khalida Azrina Kamarudin, beliau berkongsi beberapa cara mudah untuk anda membuat semakan bil elektrik anda menerusi aplikasi SEB Cares.
CARA SEMAK BIL ELEKTRIK MELALUI APLIKASI SEB CARES
1. Muat turun aplikasi SEB Cares di Play Store.2. Daftar akaun anda dan isikan maklumat seperti yang tertera. Contohnya, emel, kata laluan, nombor kad pengenalan dan sebagainya.
3. Setelah anda berjaya mendaftar akaun anda dan log masuk, klik bahagian “+” di penjuru sebelah kanan untuk menambah akaun bil elektrik anda.
4. Setelah itu, daftarkan akaun bil elektrik anda mengikut nombor ‘contract account‘ seperti yang tertera pada bil kertas anda sebelum ini. Pastikan anda mengisi nama pemilik ‘contract account‘ sama seperti di dalam bil. Jika nama anda ditulis ‘b’, ‘bte’ atau seperti mana yang tertera pada bil tersebut, pastikan ia sama. Untuk ‘subscription nickname‘ pula, anda boleh menamakannya mengikut kesesuaian anda. Nak letak ‘Makcik Kiah’ pun boleh. Jika anda kurang faham, klik ‘sample‘ untuk rujukan lebih jelas.
5. Kembali ke ‘homepage’ dan anda akan melihat jumlah bil elektrik anda terpapar. Untuk maklumat terperinci, tekan ‘>’
6. Pilih cara anda menerima bil setiap bulan sama ada melalui emel, sms atau pun ‘push notification’. Anda digalakkan untuk memilih opsyen emel kerana bil elektrik anda akan dihantar ke emel anda setiap bulan dalam bentuk dokumen pdf. Tinggal imbas kod bar dan bayar. Pilihan opsyen ini juga penting bagi mengelakkan apa-apa berlaku pada aplikasi, sekurang-kurangnya bil anda tetap dihantar ke emel atau sms.
7. Setelah opsyen anda telah dipilih, kini bil anda sudah boleh dimuat turun dari emel setiap bulan.
Bagi anda yang mempunyai ibu bapa yang kurang arif menggunakan aplikasi ini, anda boleh menambah akaun bil ibu bapa anda di dalam aplikasi yang sama dan memperoleh bil elektrik bagi pihak mereka. Semakan melalui aplikasi ini dikatakan lebih pantas daripada bil elektrik kertas. Anda juga masih boleh menggunakan menggunakan kaedah ini selepas tamat PKP, malah ia nya lebih digalakkan kerana dapat menjimatkan penggunaaan kertas.
Tambah lah seberapa banyak bil yang ingin anda semak. Lebih mudah dan cepat!
Bukan itu sahaja, sebarang aduan tentang perkhidmatan elektrik di rumah anda seperti terputus bekalan elektrik, meter rosak, atau salah bacaan dan sebagainya boleh dibuat terus pada aplikasi tersebut. Malah, respon yang diterima juga sangat pantas.
Bagi yang masih tertanya-tanya, apa tunggu lagi? Muat turun dan semak sekarang!
Kredit : iloveborneo.my
Ulasan
Catat Ulasan