Cara Mudah Semak Duit BPN Dah Masuk Akaun Bank Atau Belum

Bagi sesiapa yang tidak memiliki Online Banking atau tiada akaun bank yang berdaftar dengan BSH atau BPN, anda hanya perlu semak di laman web https://bpn.hasil.gov.my/ untuk mengetahui status bayaran telah dikreditkan ke dalam akaun bank atau belum.

cara semak duit bpn

Ikuti 3 Langkah Mudah Semakkan Bantuan Prihantin Nasional (BPN) :

LANGKAH 1

  • Sila ke laman bpn.hasil.gov.my
  • Masukkan No IC anda
  • Lengkapkan CAPTCHA yang diminta
  • Klik butang SEMAK

 LANGKAH 2

  • Papar Semakan Status.
  • Maklumat lengkap anda seperti nama, no kad pengenalan, status permohonan dan jumlah BPN akan dipaparkan.
  • Klik bahagian Maklumat Pembayaran.

LANGKAH 3

  • Klik pada bahagian Maklumat Pembayaran dan maklumat lengkap pembayaran akan ditunjukkan sama ada pembayaran BPN anda berjaya dikreditkan atau belum.
  • Siap

Ulasan