Cara Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang RM250 Sebulan Mulai 15 April 2020

Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) kepada rakyat Sarawak dari kategori berpendapatan rendah kumpulan B40. Seramai 430,000 rakyat Sarawak akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 bagi tempoh enam bulan. Ini bertujuan untuk meringankan beban golongan ini dalam menghadapi kesan COVID-19.

bantuan khas sarawakku sayang

Senarai penerima bayaran bantuan ini merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

CARA PEMBAYARAN


  1. Bagi penerima yang memiliki akaun bank berdaftar, bantuan akan disalurkan ke akaun masing-masing pada setiap 15 haribulan untuk 6 bulan bermula dari April hingga September 2020;
  2. Lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan dengan tempat kediaman penerima bantuan melalui dua fasa:
  • Fasa Pertama : 15 hingga 30 April 2020;
  • Fasa Kedua : 15 hingga 30 Ogos 2020


SYARAT & CARA MEMOHON

  • Penerima bantuan ini merupakan senarai mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan LHDN. Boleh semak di sini: Semak BSH
  • Bagi yang tidak menerima BSH. Boleh bertanya kepada nombor ini: 082-440127 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri)
  • Bagi mereka yang tiada akaun bank (seramai 23,000 penerima), bantuan akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan rumah anda. (Lihat senarai di sini: Senarai pejabat)
  • Bayaran dibuat pada: Fasa pertama: 15 hingga 30 April 2020, Fasa kedua: 15 hingga 30 Ogos 2020

Ulasan