Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor RM250 - RM500

Bantuan Ihsan COVID-19 Johor adalah inisiatif khas bagi rakyat yang tidak terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) ataupun Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bagi mereka yang melepasi syarat kelayakan akan menerima bantuan berjumlah RM250 atau RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan. Paling penting pemberian ini turut melibatkan golongan M40 dan juga bukan warganegara Malaysia yang menetap di Johor

bantuan ihsan johor

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor adalah seperti berikut :

  1. Warganegara atau bukan warganegara
  2. Menetap di Negeri Johor
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas
  4. Maklumat lengkap berserta SALINAN KAD PENGENALAN/PASPORT

KUMPULAN SASAR LAYAK MENERIMA BANTUAN IHSAN JOHOR

Terdapat empat kumpulan sasar yang diberikan iaitu :
  1. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
  2. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang ada menerima bantuan tetapi wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan.
  3. Lain-lain orang perseorangan atau isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.
  4. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor kepada isi rumah bukan warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.

KADAR BANTUAN

RM250 Atau RM500 mengikut kriteria masing-masing.

CARA MOHON BANTUAN IHSAN JOHOR

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan sebagaimana di Lampiran A. Borang yang lengkap hendaklah di sokong oleh ejen-ejen yang dilantik melalui empat pusat saluran utama :
  • Pejabat Menteri Besar
  • Pejabat-pejabat Daerah
  • Pihak-pihak Berkuasa Tempatan
  • Pejabat-pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri

2. Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor.

3. Bagi pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan TIDAK PERLU dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan itu perlu dihantar ke Bilik Gerakan.

4. Keputusan setiap permohonan yang telah diterima sama ada berjaya atau pun gagal akan dimaklumkan melalui sistem e-IHSAN Johor kepada semua Pusat Saluran.

5. Borang permohonan yang BERJAYA, pembayaran akan dilakukan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electronic Fund Transfer (EFT). Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.

SEMAKAN PERMOHONAN

Bagi permohonan yang berjaya, bayaran bantuan akan disalurkan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electric Fund Transfer (EFT). Jika tiada akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai melalui Pusat Saluran

Penerima yang layak mendapat bantuan ini boleh membuat semakan status melalui kaedah di bawah:

Semakan status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor boleh dibuat menerusi pautan ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian Bilik Gerakan seperti berikut :

No. Tel : 07- 266 6766
Emel : ihsancovid19@johor.gov.my

Ulasan