Musaadah Khaira PPZ merupakan inisiatif PPZ-MAIWP dalam membantu meringankan beban orang awam yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Bantuan khusus untuk warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan :
Bantuan khusus untuk warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan :
- Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak COVID-19.
- Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
- Menyahur seruan YB Senator Datuk Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.
SYARAT PERMOHONAN
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
- Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
- Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
- Permohonan hanya melalui atas talian sahaja
CARA MEMOHON
Permohonan adalah dibuka melalui atas talian dengan melayari laman web rasmi Musaadah Khaira mulai 1 April 2020. Ikuti 6 langkah mudah seperti dibawah.
DOKUMEN SOKONGAN
- Salinan Kad Pengenalan
- Bagi yang bekerja - Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
- Bagi Peniaga / Penjaja Kecil - Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Bagi menyemak status permohonan, anda boleh masukkan kad pengenalan diri di pautan yang telah disediakan dibawah.
Ulasan
Catat Ulasan