Berikut dikongsikan maklumat meliputi Cara Permohonan Bantuan Tunai One-Off RM300 Negeri Kedah beserta syarat kelayakan permohonan dan cara bayaran:
CARA PERMOHONAN
- Pemohon boleh hubungi Pusat Khidmat DUN masing-masing bagi mendapatkan borang permohonan.
- Pemohon juga boleh mengisi borang melalui atas talian sekiranya disediakan oleh Pusat Khidmat DUN masing-masing.
- Borang yang lengkap diisi sama ada dalam bentuk Hard Copy atau atas talian hendaklah dihantar Pusat Khidmat DUN masing-masing.
- Setiap permohonan akan melalui tapisan oleh YAB MB, YB EXCO, YB ADUN Kerajaan dan Penyelaras DUN mengikut DUN masing-masing bagi memastikan mereka yang layak sahaja akan menerima bantuan ini.
SYARAT KELAYAKAN
Antara Syarat Kelayakan Bantuan Tunai One-Off RM300 Kedah adalah seperti berikut:
- Mereka yang terputus pendapatan akibat COVID-19
CARA BAYARAN
- Permohonan yang berjaya dan layak akan menerima bantuan RM300 melalui pindahan secara online yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima.
- Permohonan yang berjaya dan layak tetapi tidak mempunyai akaun bank akan menerima bantuan RM300 secara tunai melalui Pusat Khidmat DUN masing-masing.
Ulasan
Catat Ulasan