Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020
Berikut dikongsikan maklumat meliputi aplikasi Permohonan Bantuan Prihatin MAIK termasuk syarat kelayakan permohonan, tarikh bayaran dan semakan status:CARA MEMOHON
Sebelum membuat permohonan, sila sediakan maklumat seperti berikut:A. Sebelum Membuat Permohonan Permohonan
- Nama Pemohon dan Pasangan
- No. Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
- No. Handphone pemohon dan pasangan
- Alamat
- Status kediaman (Sendiri/sewa/menumpang/dll)
- Pekerjaan pemohon dan pasangan
- Status pekerjaan dalam tempoh PKP
- Baki duit simpanan
- Bilangan tanggungan
- Bantuan yang telah diterima (Kerajaan Negeri, Masjid, NGO, DLL)
- No. Akaun bank
B. Semasa Mengisi Permohonan
- Pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Prihatin MAIK secara atas talian menerusi laman sesawang http://prihatin.e-maik.my.
- Untuk mendaftar, anda perlu masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan untuk maklumat selanjutnya.
- Klik pada butang "SEMAK".
SYARAT KELAYAKAN
Antara Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin MAIK adalah sepert berikut:
- Asnaf fakir dan miskin.
- Tidak bekerja dan tiada pendapatan dalam tempoh PKP.
- Tiada duit simpanan atau duit simpanan hampir atau telah habis dibelanjakan.
- Tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak seperti kerajaan negeri, masjid, ngo, dan lain-lain atau menerima bantuan tetapi telah habis digunakan atau bantuan yang diterima tidak mencukupi.
- Belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau telah terima dan hampir atau telah habis dibelanjakan.
CARA HUBUNGI
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi MAIK.
Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Prihatin MAIK 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan Prihatin MAIK!
Ulasan
Catat Ulasan