Ringkasan Perutusan Khas Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan)

bantuan prihatin nasional

Perutusan Khas Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 6 April 2020 (Isnin)
  1. Sektor PKS sumbang lebih dua pertiga jumlah pekerjaan dalam negara dan hampir 40 peratus kepada ekonomi negara. - PM Muhyiddin
  2. PKS tunjang ekonomi negara, penting untuk pastikan ia mampan - Muhyiddin
  3. Libaturus IKS dengan MOF untuk cari penyelesaian masalah dihadapi - PM Muhyiddin
  4. Syarikat yang mempunyai 75 orang pekerja terima subsidi upah sebanyak RM1,200 setiap pekerja -PM Muhyiddin
  5. PM Muhyiddin umum pakej tambahan Prihatin bagi PKS berjumlah RM10 bilion
  6. PM umum Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) bernlai RM10 bilion sebagai manfaat tambahan kepada PKS
  7. 4.8 juta pekerja PKS dapat faedah tambahan Pakej Prihatin PKS - PM Muhyiddin
  8. Geran khas RM3,000 untuk setiap syarikat mikro, manfaatkan 700,000 PKS mikro berdaftar dengan LHDN - Muhyiddin
  9. Peruntukan program subsidi upah yang diumumkan sebelum ini dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion - PM
  10. PM Muhyiddin seru organisasi pemberi pinjaman wang berdaftar yang sediakan kemudahan kredit untuk beri moratorium bayaran ansuran PKS selama 6 bulan
  11. Bagi syarikat ada pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan terima subsidi upah RM1,200 bagi setiap pekerja - PM Muhyiddin
  12. Skim pinjaman mudah dipanjangkan kepada TEKUN Nasional - PM Muhyiddin
  13. Premis PKS menyewa di bangunan kerajaan dikecualikan sewa atau mendapat diskaun - PM Muhyiddin
  14. Levi 25 peratus untuk pekerja asing yang tamat tempoh bagi 1 April hingga 31 Dis - PM Muhyiddin
  15. Syarikat mempunyai 76-200 pekerja akan terima subsidi upah RM800 bagi setiap pekerja - PM Muhyiddin
  16. Portal khas IMSME untuk terima pinjaman PKS - PM Muhyiddin
  17. Kerajaan setuju beri moratorium secara automatik 30 hari dari tarikh terakhir PKP untuk syarikat kemuka dokumen berkanun kepada SSM - PM
  18. Pakej Prihatin PKS (Tambahan) bantu aliran tunai, daya tahan PKS - PM Muhyiddin
  19. Unit Laksana ditubuh di Kementerian Kewangan pastikan inisiatif Prihatin dan Prihatin Tambahan dilaksana dengan cepat, lancar - PM Muhyiddin
  20. Kerajaan beri jaminan telus dalam berbelanja dan semua perbelanjaan yang dilakukan berasaskan undang-undang - PM Muhyiddin
  21. Kerajaan akan bentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Parlimen kelak - PM Muhyiddin
  22. Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan - PM
  23. Kerajaan akan pertimbang pelbagai inisiatif untuk meransang sektor 'start-up' dalam tempoh sukar ini - PM Muhyiddin
  24. Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal - PM
  25. Peranan dan jasa petugas barisan hadapan sentiasa dihargai kerajaan - PM Muhyiddin
  26. Teruskan cekal, kuat dan bersemangat hadapi dugaan wabak COVID-19 - PM Muhyiddin

Ulasan