Golongan layak menerima bantuan bagi kategori bujang telah ditetapkan untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja. Manakala bagi individu yang berumur 21 tahun kebawah tidak layak untuk membuat permohonan bagi kategori ini.
Terdapat 2 kategori bujang yang akan menerima bantuan dengan jumlah yang berbeza
1. Pendapatan RM2000 dan ke bawahBagi individu bujang yang berpendapatan RM2000 kebawah, anda layakan untuk menerima bantuan sebanyak RM800. Bayaran bantuan akan dilakukan secara dua fasa iaitu pada bulan April dan bulan Mei 2020. Individu di kategori ini adalah dianggap bujang golongan B40.
2. Pendapatan RM2000 ke atas
Individu bujang yang berpendapatan bulanan sebanyak RM2001 hingga RM4000 adalah tersenarai dalam bantuan untuk bujang dalam golongan M40. Bujang dalam kategori ini akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang akan dibayar mengikut 2 fasa pada bulan April dan Mei 2020.
ANDA HANYA PERLU MENDAFTAR JIKA
Selain daripada 2 kategori bujang yang disebutkan di atas, terdapat golongan lain juga yang perlu membuat pendaftaran baru. Anda perlu mendaftar sekiranya :- Belum pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau:
- Belum berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Bagi yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan namanya sudah ada rekod dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), anda tidak perlu lagi membuat permohonan baru. Anda hanya perlu membuat semakan status permohonan sahaja.
Bagi yang ingin membuat permohonan baru pula digalakkan untuk membuat semakan status terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Jika lulus, anda tidak perlu lagi membuat permohonan baru.
Pendaftaran boleh dibuat melalui www.bsh.hasil.gov.my mulai 1 April 2020.
Ulasan
Catat Ulasan