Permohonan Online Permit Bantuan Sarawakku Sayang Bagi Penjaja Tidak Berlesen

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan pemberian geran sebanyak RM1,500 kepada peniaga serta penjual kecil-kecilan menerusi aplikasi SarawakPay. Kelmarin, bantuan tersebut ditambah lagi sebanyak RM 750 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 2,250. Jika sebelum ini, anda harus pergi ke Pejabat Daerah untuk mendapatkan permit berniaga, kini anda hanya perlu mengemukakan permohonan secara ‘ONLINE’ sahaja.


SYARAT KELAYAKAN

  1. MESTI warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di Sarawak.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall/kiosk/di bahu jalan sebelum 1 April 2020.
  4. Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.
  5. Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
  6. Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
  7. PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan tidak akan dilayan.

MUAT TURUN APLIKASI SARAWAK PAY

Untuk pengetahuan anda, tempoh sah permit ini bermula dari bulan April 2020 hingga September 2020 tanpa sebarang bayaran. Pembayaran bantuan geran pula akan disalurkan menerusi aplikasi Sarawak Pay.

SARAWAK PAY DOWNLOAD

Oleh itu, pastikan anda telah memuat turun dan mendaftar sebagai pengguna aplikasi Sarawak Pay bagi memudahkan urusan.

Sediakan sekali gambar berikut untuk dimuat naik kelak ;
  1. Gambar MyKad (depan)
  2. Gambar terkini pemohon
  3. Gambar MyKad pasangan (jika telah berkahwin)
  4. Gambar gerai/tempat perniagaan
  5. Gambar lesen/permit (jika ada)
  6. Gambar bil pelbagai (jika ada)

Berikut adalah maklumat yang perlu anda lengkapkan untuk memohon permit ini. Ruangan bertanda (*) berwarna merah wajib diisi.


Setelah selesai, hantar permohonan anda dan tunggu permohonan permit anda diluluskan.


Bukan itu sahaja, bagi mereka yang menjalankan perniagaan di e-Bazaar Ramadhan secara sah, anda juga boleh memohon permit untuk pengendali makanan serta permit penghantar makanan.

Kredit : iloveborneo

Ulasan