Semakan Rayuan & Tarikh Pembayaran Bantuan Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS)

Bilakah Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0? 

Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut dikongsikan tarikh pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 buat rujukan anda.


Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS) khas kepada ketua isi rumah dan golongan bujang yang terkesan akibat pelaksanaan PKP. Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang dan Isi Rumah B40 mulai 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one-off untuk bujang dan RM1,500 untuk isi rumah RM250 setiap bulan untuk selama 6 bulan.

Cara Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

  1. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.
  2. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://ift.tt/2XLWixR atau
  • Permohonan juga boleh dibuat dengan cara mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang https://ift.tt/3cfuxTL


Info Penting:
*Bagi penerima yang mempunyai akaun akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima yang tiada akaun akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan.

Semakan Keputusan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

Keputusan rayuan akan dimaklumkan selepas 15 Jun 2020 melalui cara berikut:
  • Keputusan boleh disemak secara online di: https://ift.tt/2Bhmo4k
  • Keputusan rayuan juga akan dimaklumkan secara SMS.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 082-555-999 atau emel di 555999@sarawak.gov.my

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Bagi Bujang B40 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

Ulasan