Semakan Status Permohonan Telefon Bimbit Percuma Kepada Pelajar Sekolah Dari Keluarga B40

Cara Semak Status Permohonan Telefon Pintar Percuma Bagi Pelajar Sekolah B40. Panduan buat ibu bapa atau penjaga daripada pelajar sekolah keluarga B40 yang membuat permohonan telefon pintar percuma. Untuk makluman, kini ibu bapa atau penjaga boleh menyemak status permohonan telefon pintar percuma secara atas talian (online) menerusi laman web YTL. Bagi anda yang status pencalonan lulus akan disenarai pendek dan dimaklumkan di emel. Pendaftaran telefon pintar percuma ini masih dibuka lagi sehingga tarikh rasmi tamat akan diberitahu kelak.

semak permohonan telefon bimbit percuma

YTL Foundation kerjasama dengan YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan. Setiap telefon pintar percuma ini akan dilengkapi dengan data 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan).


CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN TELEFON PINTAR PERCUMA

Semakan Secara Online

1. Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang https://lcs.yes.my.

2. Di bahagian pilih inisiatif, anda boleh buat pilihan sama ada ‘SIM Percuma Dengan Data’, ‘Telefon Percuma Dengan SIM’, ‘SIM Percuma ICSS’ dan ‘SIM Percuma Universiti’.

3. Anda boleh pilih ‘Telefon Percuma dengan SIM’ dan masukkan Nombor MyKad Ibu Bapa yang didaftarkan.

4. Masukkan, Nombor MyKid/ MyKad murid yang dicalonkan.

5. Kemudian, klik pada butang ‘Hantar’ untuk semakan status permohonan sama ada LULUS atau GAGAL.

Semakan Menerusi Emel

1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa akan turut menerima emel berkaitan proses pendaftaran.

2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik beberapa maklumat seperti berikut:
  • 1 salinan MyKad/MyKid pelajar
  • 1 salinan MyKad ibubapa
  • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40

Nota : Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima e-mel.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Emel: ytlfoundation@ytl.com.my

No. Tel: +603 2038 0888
No. Fax: +603 2038 0388

Ulasan