Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Kelayakan PMR/SPM/Diploma/Ijazah

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) sebagaimana berikut:-

 

jawatan kesedar 2020

MAKLUMAT PERMOHONAN

  • Nama Majikan : Lemga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Kelayakan : PMR/SPM/Diploma/Ijazah
  • Penempatan : Negeri Kelantan Darul Naim
  • Tarikh Tutup Permohonan : 14 Oktober 2020 (Rabu)

JAWATAN : 
1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
3. Penolong Juruukur Gred JA29
4. Penolong Jurutera Gred JA29
5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred JA29
6. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29
7. Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
8. Penolong Pegawai Rancangan Tanah Gred G29
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
10. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
11. Juruteknik Komputer Gred FT19
12. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
13. Penyelia Rancangan Tanah Gred G19
14. Pembantu Operasi Gred N11
15. Pemandu Kenderaan Gred H11
16. Pembantu Awam Gred H11

Syarat Asas Permohonan 

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
  • Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon, Sila baca pada lampiran yang kami telah sediakan seperti berikut.

Cara Memohon

  • Permohonan jawatan diatas hendaklah melalui pautan Permohonan Online yang boleh didapati melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Untuk pemohon kali pertama, anda perlu mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  • Calon dikehendaki memuat naik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.
  • Pemohon yang telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
  • Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
  • Perlu diingatkan, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Ulasan