Cara Mudah Mohon i-Sinar KWSP Secara Online - Ikuti Langkah Mudah Ini

Untuk makluman, permohonan i-Sinar Kategori 1 kini telah dibuka mulai 21 Disember 2020.

Bagi yang belum tahu, i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.


CARA MOHON ISINAR

  • Sekiranya anda tergolong dalam Kategori 1, anda boleh mula memohon pada 21 Disember 2020.
  • Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.
  • Permohonan i-Sinar hanya secara online di laman web isinar.kwsp.gov.my

i-Sinar membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 bagi yang mempunyai simpanan RM100,000 dan proses permohonan dibuat secara berperingkat dan terbahagi kepada 2 Kategori kelayakan.

isinar kwsp

SYARAT PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 1

Siapa Kategori 1 yang boleh memohon i-Sinar?
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan

kategori isinar

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan.

Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020

TARIKH PERMOHONAN I-SINAR

Permohonan bagi Kategori 1 adalah mulai 21 Disember 2020 dan tempoh permohonan akan dibuka selama 6 bulan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN I-SINAR KWSP KATEGORI 1

Langkah Permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online adalah seperti berikut:
  1. Layari laman web isinar.kwsp.gov.my
  2. Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN
  4. Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
  5. Tetapkan AMAUN PILIHAN
  6. Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
  7. Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
  8. Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
  9. Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
  10. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

cara mudah mohon isinar kwsp

NOTA:
Tiada dokumen sokongan diperlukan
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my 
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021

JUMLAH PENGELUARAN I-SINAR KWSP

Amaun kelayakan i-Sinar adalah berdasarkan baki simpanan Akaun 1 Ahli seperti berikut:

jumlah pengeluaran kwsp isinar

CARA PEMBAYARAN I-SINAR KWSP

  1. Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
  2. Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
  3. Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
  4. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu

Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/

Ulasan